Isu-Isu dalam Pelaksanaan Inovasi Kurikulum (Bhg. 3)

Pengetahuan dan Kemahiran Guru
Menurut Brown dan McIntyre (1993), aspek pengetahuan dan kemahiran adalah penting dalam memastikan keberkesanan pelaksanaan inovasi. Ini disebabkan penguasaan guru dalam aspek tersebut memandu mereka untuk melaksanakan tugas dengan berkesan. Wiles dan Bondi (1998) pula berpandangan tanpa pengetahuan dan kemahiran yang mencukupi akan menjejaskan tahap kesediaan guru untuk melaksanakan sesuatu inovasi. Sehubungan dengan itu be1iau mencadangkan guru perlu memiliki dan menguasai kedua-dua aspek tersebut terutama dari segi pemahaman ilmu yang jelas; keupayaan menterjemahkan ilmu pengetahuan dalam proses pengajaran dan pembelajaran; dan kesungguhan untuk bertindak seeara proaktif berasaskan pengetahuan dan kemahiran; dan keupayaan untuk memanifestasikan pengetahuan dan kemahiran dalam bentuk tingkahlaku bagi membolehkan guru mempraktikkannya da1am bilik darjah.
Bagi perlaksanaan inovasi yang berkesan juga, guru perlu mengetahui kemahiran tertentu yang berkaitan kemahiran profesional (Brown & Mclntyre, 1993), kemahiran dan juga pengetahuan berkaitan amalan pengajaran (Carter, 1990), kemahiran dalam pelbagai strategi pengajaran (Van Driel et al., 1999) dan juga pengetahuan berkaitan aspek kandungan bagi mata pelajaran yang diajar (Cochran et al., 1993). Pengetahuan dan kemahiran yang dimiliki seseorang guru menjadi salah satu faktor penting dalam membuat justifikasi terhadap keupayaan dan kemampuannya melaksanakan inovasi serta menangani cabaran-cabaran tugas yang berkaitan dengannya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: