Isu-Isu dalam Pelaksanaan Inovasi Kurikulum (Bhg. 2)

Sikap Guru
Isu kedua yang mencorakkan pelaksanaan inovasi kurikulum di sekolah melibatkan sikap guru. Omar Hashim (1991) dalam mengulas sikap guru dalam pelaksanaan inovasi merumuskan beberapa faktor yang menghalang penglibatan guru secara aktif:
• Faktor inersia: Guru-guru sudah berasa selesa dan berpuashati dengan apa yang sedang dialami, justeru itu mereka tidak ingin berubah.(confort zone)

• Rasa terancam: Setiap kali perubahan berlaku, individu guru berasa terancam dan kurang selamat. Perkara ini biasanya timbul kerana sikap guru yang tidak yakin untuk melakukan sesuatu yang baru.
• Masa dan kemudahan: Ramai guru yang berselindung di sebalik rungutan bahawa mereka tidak cukup masa dan tiada kemudahan bagi menjustifikasikan alasan mereka untuk mengelakkan diri dari terlibat dalam pelaksanaan sesuatu inovasi. Banyak kajian yang memperjelaskan wujudnya perkaitan antara sikap guru dengan amalan mereka dalam pelaksanaan inovasi dan juga dalam pelaksanaan tugas-tugas rutin. Antara lain kajian oleh Liberman dan Miller (1999) dan Moriarty et al. (2001), di mana dapatan kajian mereka secara umumnya mencadangkan sikap guru dikatakan menjadi asas pertimbangan oleh kebanyakan guru dalam menyaring dan mentafsirkan segala bentuk inovasi terutama berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran. Richardson (1996) dalam mengulas fenomena sikap guru tersebut menyatakan secara umumnya guru hanya akan menerima inovasi sekiranya perkara tersebut serasi dengan epistemologi sikap mereka. lni kerana guru mempunyai sikap dan kepercayaan tersendiri terhadap amalan yang dilakukan dalam pengajaran dan pembelajaran. Seperti yang diungkapkan oleh Johnson (1992) dan juga Ghaith dan Yaghi (1997), kebiasaannya guru-guru akan membuat refleksi dan “menoleh ke belakang” sekiranya terdapat idea atau cadangan untuk memperkenalkan sesuatu inovasi di sekolah kerana mereka menimbang pengalaman-pengalaman yang telah dilalui. Tobin dan McRobbie (1996) berpendapat sikap guru perlu dikenal pasti dan dianalisis bagi memastikan keberkesanan pelaksanaan inovasi. Menurut beliau, sebagai seorang manusia kebiasaannya guru akan memberi reaksi tertentu terhadap sesuatu perkara baru berdasarkan tanggapan dan pandangan dunia (world view) yang berbeza-beza. Justeru itu, apa bentuk reaksi tersebut akan memberi implikasi tersendiri terhadap proses pelaksanaan inovasi. Little (1990) pula menyatakan bahawa guru yang bersikap positif terhadap tugas akan mempengaruhi keberkesanan pelaksanaan sesuatu inovasi. Pada pendapat Little, sikap positif akan mendorong kesediaan guru untuk mempelajari perkara baru berkaitan inovasi tersebut. Sebaliknya, jika guru bersikap negatif, pelaksanaan inovasi akan tersekat dan menjejaskan matlamat yang ditentukan. Sebagai kesimpulan, sikap guru terhadap inovasi ada1ah asas penting bagi membuat justifikasi dan juga penghakiman samaada mereka dapat menerima atau tidak sesuatu inovasi. Kesan yang mungkin lebih ketara adalah sikap yang menjadi pegangan guru akan menjadi suatu metos yang sukar untuk diubah. Seandainya ini berlaku, ia akan memberi kesan yang besar dalam keberkesanan pelaksanaan dan juga pencapaian matlamat-matlamat kurikulum.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: