Wanita berontak…….

Oleh Abdullah Ngah (22 Ogos 2007 – Rabu)

KITA sering mendengar perkataan ‘rampas suami orang’. Perkataan ini keluar daripada mulut perempuan yang suaminya berkahwin seorang lagi. Rampas suami orang atau ambil suami orang lain masih ada yang mempertikaikannya kerana setiap lelaki bukan hak milik seorang perempuan, kecuali perempuan yang sememangnya hak milik seorang lelaki saja.

Apakah benar perempuan berkahwin dengan lelaki yang sudah mempunyai isteri itu hak orang, sedangkan setiap lelaki diharuskan oleh syarak berkahwin lebih daripada satu, tetapi tidak melebihi empat orang.

Lain halnya jika perempuan yang sudah bersuami. Mereka itu adalah hak milik seorang lelaki saja dalam satu masa. Perempuan dilarang untuk memiliki dua suami pada satu-satu masa, manakala lelaki boleh berkahwin lebih daripada satu (poligami) dalam satu-satu masa jika mereka mampu zahir dan batin.

Seperti firman Allah bermaksud: “Maka kahwinlah perempuan yang kamu sukai dua, tiga atau empat”. Allah mengingatkan setiap lelaki, tetapi jika kamu khuatir tidak dapat berlaku adil, hendaklah satu saja”.

Persoalan sekarang mengapa hampir seratus peratus perempuan mendakwa suami mereka hak milik mereka seorang dan tidak boleh dimiliki dua tiga atau empat perempuan? Pada hal suaminya bukan hak milik mereka seorang.

Barangkali salah faham inilah yang membuat kebanyakan perempuan sangat marah apabila suaminya berkahwin seorang lagi dan mendakwa perempuan berkahwin dengan suami mereka sebagai ‘merampas suami orang’.

Allah menyatakan lelaki boleh berkahwin lebih daripada satu jika mereka mampu zahir dan batin serta sanggup berlaku adil terhadap isterinya.

Rasulullah memberitahu kita “suami yang baik ialah lelaki yang baik pergaulannya dengan keluarganya dan aku adalah yang paling baik di antara kamu”.

Yang menyedihkan kita hari ini lelaki yang baik ialah lelaki yang mengamalkan monogami iaitu tidak berkahwin lebih daripada satu. Inilah suami yang baik, walaupun mereka itu menyimpan perempuan simpanan.

Satu perkara lagi lelaki yang sememangnya baik dengan keluarga, apabila ditakdirkan Allah berkahwin seorang lagi, mereka itu dianggap baik selama ini sudah dituduh sebagai ‘jahat’ kerana menduakan isteri, manakala perempuan yang jadi isteri kedua itu dituduh merampas suami orang dan sejahat-jahat perempuan.

Bayangkan lelaki menjadi suaminya selama empat puluh tahun dan baik perangainya tiba-tiba dicap jahat kerana berkahwin lain. Lelaki tadi dituduh jahat. Benarkah lelaki itu jahat orangnya, sedangkan kehidupan berumahtangga itu diibaratkan sebagai bahtera mengharungi lautan bergelora dan perlu dikendalikan dengan bijaksana.

Allah memilih lelaki untuk menjadi pentadbir keluarga, manakala perempuan sama sekali dilarang menjadi ketua rumah tangga, iaitu menolak kekuasaan lelaki seperti dinyatakan oleh Allah menerusi firmannya bermaksud:

“Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap perempuan salih kerana Allah melebihkan orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang perempuan dan juga kerana orang lelaki membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian daripada harta mereka. Maka, perempuan yang salih itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya) dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa juga yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama, dengan pemeliharaan Allah dan pertolongannya.” (surah An-Nisaa’ ayat 34).

Adalah tidak sepatutnya seorang perempuan memarahi suami berkahwin seorang lagi, jika mereka mampu zahir dan batin, kerana marah atau tidak membenarkan suami berpoligami bererti isteri sudah derhaka dan masuk campur dalam perkara dibenarkan syarak.

Atas sebab itulah setiap lelaki berpoligami tidak mendapat keberkatan dan jauh sekali mendapat pemeliharaan dan pertolongan Allah, sebaliknya rumah tangga yang bahagia selama ini mudah hancur dan runtuh.

Tidak dinafikan perempuan memiliki sifat kasar dan mementingkan diri sendiri serta mempunyai dua unsur iaitu baik dan jahat, lemah dan kuat, lembut dan keras dan kena ingat dengan perintah Allah “mesti taat kepada suami masing-masing”.

Sifat ini jugalah membuat perempuan memberontak apabila mendapati suaminya berkahwin satu lagi, tanpa menyedari itu adalah hak setiap lelaki yang mampu zahir dan batin dan isteri sama sekali tidak boleh masuk campur kerana setiap lelaki berkahwin lebih daripada satu itu berupaya berlaku adil dengan pertolongan Allah.

Islam memberi kelebihan kepada lelaki untuk memberi perangsang dan mendisiplinkan isteri daripada bersikap boleh mendatangkan kesan yang baik kepada kehidupan rumah tangga iaitu menerusi ‘akhlak yang mulia’.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: