AJARAN SYIAH

ISI AJARAN :
A. Penyelewengan Dari Sudut Akidah
i) Imam adalah maksum.
ii) Kemunculan semua Imam Mahdi dan kumpulan orang yang telah mati untuk memberi keadilan.
iii) Berpura-pura.
iv) Saidina Ali disamatarafkan dengan Allah S.W.T.
v) Menghalalkan nikah Mut’ah.
vi) Khalifah diwasiatkan secara Nas.
vii) Ilmu Allah berubah-ubah mengikut sesuatu peristiwa yang berlaku kepada manusia.
viii) Muhamad bin Hassan al-Askari ialah Imam Mahdi ali-Muntazar.
ix) Mengkafirkan para sahabat Rasulullah s.a.w.
x) Menambah syahadat.
xi) Menolak hadith yang diriwayatkan oleh ahli sunnah wal jamaah sekalipun hadith Mutawatir.
B. Penyelewengan dari Sudut Syariat
i) Menolak Ijmak Ulama.
ii) Menolak Qias.
iii) Mengamalkan Nikah Mut’ah.
iv) Menolak ‘aul dan mendahulukan Qurabah dari Asobah dalam masalah Pusaka.
v) Menuduh Abu Bakar, Umar, Uthman dan Muawiyah sebagai empat berhala Quraisy serta
pengikut-pengikut adalah musuh Allah.
vi) Hanya Ali menghimpun al-Quran dengan sempurna.
C. Pelbagai Penyelewengan Umum
i) Menziarahi kubur Saidina Hussain, ganjaran syurga.
ii) Menyiksa tubuh badan sempena 10 Muharram.
iii) Menghina Abu Bakar dan Umar serta dua orang isteri Nabi s.a.w. iaitu Saidatina Aishah dan Hafsah.
iv) Mengharuskan jamak sembahyang dalam semua hal.
v) Sembahyang Dhuha adalah haram.
vi) Menetapkan prinsip khumus sebagai kadar zakat.
vii) Imamah dan Khalifah daripada rukun Islam dan ianya berlaku melalui nas.
viii) Islam bukan syarat wajib haji.
ix) Wajib menyapu kedua-dua kaki dan tidak memadai basuh pada kedua-duanya.
TARIKH MUNCUL : 1979
TEMPAT BERKEMBANG : Selangor, Wilayah Persekutuan K.L., Kelantan, Johor, Perak dan Melaka.
TINDAKAN/HUKUMAN :
(a) Difatwakan oleh 6 buah negeri;
Selangor : 19 Januari 1998 No. Warta : Sel. P.U. 10 Tarikh Warta : 24.9.98
Sembilan : 12 Mac 1998 No. Warta : N.S. P.U. 5 Tarikh Warta : –
P. Pinang : 16 Januari 1997 No. Warta : Pg. P.U.I. Tarikh Warta : –
W.Persekutuan : 3 April 1997 No. Warta : W.P. PU(B) 106 Tarikh Warta : 27 Julai 1997
Terengganu : 25 September 1997 No. Warta : PUN Tr. (142) Tarikh Warta : 25 Sept. 97
b) Majlis Penjelasan Akidah telah diadakan di Kuala Lumpur, Johor dan Perak 1997 tahun 1999. Kursus Pemurnian Akidah kepada Kader Syiah pada Ogos 1998 di Kemunting Perak.
BAHAYA SYIAH KEPADA AQIDAH, SYARIAH, AKHLAK,UMMAH DAN NEGARA

MUQADDIMAH

Ajaran Syiah pada hakikatnya adalah satu ajaran yang dirancang dan disusun sekian lama oleh musuh-musuh Islam. Ia merupakan hasil dan buah daripada pokok-pokok beracun yang ditanam oleh musuh-musuh Islam di bumi Islam.

Untuk mengetahui betapa bahayanya ajaran Syiah kepada aqidan, syariah dan umat Islam, perlu kita merenung kembali sejarah silam ke zaman khalifah Islam ketiga, ketika mana gerakan menentang khalifah dan usaha-usaha menggugat perpaduan umat di setiap wilayah yang dikuasai Islam pada masa itu dilancarkan begitu hebat sehingga akhirnya terkorban syahid ‘(halifah Umat Islam Uthman bin Affan yang telah dikahwinkan oleh Rasulullah s.a.w. dengan dua orang cahaya matanya, seorang yang berkali-kali dinyatakan oleh Rasulullah s.a.w. sebagal ahli syurga kerana besar jasa dan sumbangan yang diberikan oleh Uthman dengan mencurahkan harta bendanya yang banyak untuk melengkapkan ‘Jaisyu al’Usrah. Rasulullah s.a.w. bersabda bermaksud: “Selepas hari ini tiada amalan lagi boleh merosakkan Uthman””
(Ahmad-Tirmidizi).

Umat Islam setelah itu tidak lagi dapat menumpukan perhatian mereka kepada musuh Islam dan pedang mereka tidak lagi terhunus ke muka musuh-musuh yang terdiri daripada Yahudi, Nasrani, Majusi dan sebagainya tetapi sebaliknya mereka mula bercakaran sesama sendiri. Pedang dan lembing mereka mula bergemerincing di medan perang saudara sehingga beberapa lama.

Jika di zaman masyarakat Islam yang sebilangan besarnya terdiri daripada orang-orang yang dididik oleh Rasulullah s.a.w. sendiri dan masih ramai orang yang imannya teguh dan keyakinan tentang Islam begitu mendalam, racun-racun yang disemburkan oleh mereka itu telah dapat juga melemahkan sebahagian anggota masyarakat Islam sehingga menimbulkan huru-hara yang berpanjangan, bayangkanlah bagaimana agaknya jika racun yang begitu berbisa itu disemburkan ke tubuh masyarakat Islam hari ini yang mana anggotanya terdiri daripada orangorang yang lemah aqidahnya, cetek pengetahuannya tentang selok belok ajaran Islam dan tidak pula mendapat pendidikan Islam yang sempurna, tentu sekali dalam masa yang singkat wajah masyarakat Islam akan berubah kepada rupa yang sungguh menakutkan.
Apakah intisari ajaran Syiah permulaan yang dikepalai oleh Ibnu Saba’ itu? Apakah fahaman-fahaman tajaan Syiah permulaan yang telah berjaya menggugat Islam dari dalam dan telah melemahkan ikatan persaudaraan Islam pada ketika itu? Jawapannya akan kita temui dalam ajaran dan fahaman Syiah hari ini

Umat Islam hari ini perlu menjadikan sejarah yang lampau sebagai pengajaran dan iktibar, jika tidak sejarah akan berulang lagi. Tidak mungkin umat Islam yang berpegang dengan al-Quran dan as-Sunnah boleh terperangkap dengan jerangkap-jerangkap yang dipasang oleh musuh-musuh yang telah tercatat dalam sejarah muram mereka.

Mukmin sejati mustahil akan terjebak ke dalam fahaman-fahaman salah yang dikemukakan oleh musuh-musuh yang pernah menikam nenek moyang mereka dahulu
AJARAN-AJARAN SESAT YANG TELAH DIWARTAKAN

1. Nasrul Haq
2. Budi Suci
3. Al-Watan
4. Budi Suci Sejati
5. Jawa Faradin
6. Silat Sunda Pukulan Ghaib
7. Tusuk Hikmat
8. Ilmu Kebatinan
9. Potong Maya
10. Naluri
11. Kaula
12. Haqqullah Syahadah
13. Rampai
14. Wali Suci
15. Kalimat Sakti
16. Silat Pukulan Jarak Jauh
17. Ilmu Tenaga Dalam Hikmat
18. Zikir Sha`ban Islam Haq
19. Asal Wujud Garis Laksmana
20. Al-Ma`zat
21. “Trancendentel Meditation”- Maharisi Mahish Yugi
22. Ilmu Kebatinan
23. Abdul Manan bin Harun- Tolak Hadis
24. Ilmu Mentauhidkan Allah oleh Nasrun S.T.Qahar
25. Kumpulan Ikhwan/al-Mas
26. Kuasa Ghaib ( Tahan Diri)
27. Mohd Nordin Putih
28. Nasrun S.T.Qahar
29. Roslan Katimun atau Ajaran Wali Sembilan
30. Tariqat Naqsyabandiyah Kadirun Yahya
31. Wali Sembilan
32. Khatijah binti Ali @ Puan Tijah
33. Syed Mutalib bin Syed Mohd Nordin
34. Ajaran Mohd Seman Al-Banjari
35. Al-Arqam
36. Golongan Anti Hadis
37. Ajaran yang disampaikan oleh Juruzon bin Abdul Latif atau dikenali juga
sebagai (Hj) Ahmad al-Walidie (Pak Su)
38. Syiah
39. Ajaran Hj. Ghazali Othman Hulu Kelang
40. Ajaran Hj.Kadar Ahmad
41. Ajaran Ilmu Tajalli Ahmad Laksamana
42. Ajaran ilmu Hakikat@ Jahar Dumin Hulu Langat
43. Tarikat Mufaridiah
44. Ajaran Hassan Anak Rimau
45. Tarikat Aurad Ismailiah
46. Ajaran Martabat Tujuh
47. Tarikat Samaniah Ibrahim Bonjol
48. Ajaran Sulaiman ( Bahtera Nabi Noh)
49. Ajaran Ilmu Hakikat Hassan bin Jonit
50. Ajaran Ahmadiah/ Qadiani
51. Ajaran Mohd Nor Seman
52. Ajaran Ayah Pin
53. Ajaran Bahai
54. Al-Ma`unah
55 Ajaran Azhar Wahab
56. Ajaran Hj.Banuar

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: