1. Bawang kilatkan kuku:
Setiap wanita harus menjaga kecantikannya dari hujung rambut ke hujung kaki. Begitu juga dengan penjagaan kuku. Kuku yang pucat dan kotor akan mencacatkan kecantikan seorang wanita. Untuk merawat kuku yang pucat dan pudar ini, ambil seulas bawang putih, buang kulitnya, pecahkan bawang itu. Setelah itu sapukan pada kuku, lakukan seminggu tiga kali, sehingga kuku anda kelihatan bersih dan bermaya.
2. Pisang hilangkan angin ahmar:
Digalakkan makan pisang sekurang-kurangnya sebiji pisang bersaiz besar sehari kerana ia mampu menghindarkan sekurang-kurangnya 50 peratus daripada penyakit angin ahmar. Ini kerana pisang mempunyai kandungan potassium yang tinggi dan mengurangkan kebekuan darah dalam tubuh manusia. Pisang juga mempunyai kandungan yang boleh bertindak sebagai penyahakidan dalam badan manusia.
3. Epal menghaluskan kulit wajah:
Epal bagus menghaluskan kulit iaitu dengan cara dicuci bersih dan dimakan dengan kulitnya. Buah ini juga boleh dimanfaatkan untuk menghaluskan kulit iaitu dengan memblendkan buah yang telah dikupas lalu disapukan pada muka.
4. Daun bunga raya lembutkan rambut:
Ambil 10 helai daun bunga raya dan bersihkan, setelah itu ramas dengan dua gelas air sehingga keluar lendirnya, setelah itu sapukan pada rambut. Biarkan selama 15 minit. Anda akan berasa kulit kepala sejuk dan nyaman, setelah itu bilas dengan air bersih. Keringkan rambut dengan tuala bersih. Lakukan semunggu tiga kali.
5. Putih telur licinkan kulit:
Bersihkan muka dan keringkan, setelah itu pecahkan sebiji telur ambil putihnya, kemudian sapukan putih telur di semua bahagian muka. Biarkan kering beberapa minit, setelah itu bersihkan dengan air suam. Lakukan sehari sekali sebelum tidur, kulit akan menjadi lebih halus dan licin.
6. Daun serai segarkan saraf:
Jika anda terlalu banyak kerja anda tentunya berasa letih dan lesu, untuk mengembalikan kesegaran urat saraf anda, anda boleh gunakan daun serai, daun pandan serta daun nangka dan direbus dengan air sebanyak dua besen sedang. Biarkan air tersebut menjadi suam kuku, setelah itu gunakan untuk mandian. Lakukan cara ini selama tiga hari berturut-turut sehingga anda pulih semula. Buat macam ibu yang baru bersalin.
7. Lobak ubat cacing kerawit:
Jika anak anda menghidap penyakit cacing kerawit, dia kelihatan lesu dan mungkin duburnya terasa gatal terutama pada waktu malam hari. Untuk mengubati penyakit cacing kerawit ini, sediakan sebatang lobak merah, cuci bersih dan buangkan kulitnya, setelah itu kisarkan lobak tersebut dengan air masak, tapis dan berikan anak anda minum dua kali sehari. Amalkan sehingga sembuh
8. Air limau nipis menurukan berat badan:
Sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi, perah airnya ke dalam gelas, yang berisi dengan air masak sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk. Minum air itu setiap kali selepas makan tengah hari dan makan malam. Cara ini boleh diikuti dengan senaman ringan. Amalkan selama sebulan, berat badan akan beransur turun.
9. Lebihan minyak kelapa:
Minyak kelapa (bukan minyak kelapa sawit) yang telah digunakan untuk mengoreng jangan dibuang begitu sahaja kerana ia boleh digunakan lagi. Jika minyak itu kotor masukkan beberapa potong ubi kentang ketika anda menggunakan semula untuk mengoreng ikan, dengan cara ini ubi kentang itu akan menyerap kotoran yang ada pada minyak tersebut.
10. Nenas ubat kencing tak lawas:
Jika anda mengalami kencing tak lawas atau ada batu karang, minumlahlah air nenas setiap hari. Ambil sebiji nenas yang kurang masak, buangkan kulitnya, bersihkan dan ambil dua potong nenas tersebut kisar bersama dua gelas air, setelah itu tapis. Minum dua kali sehari. Anda akan dapati penyakit anda akan berkurangan.
11. Tomato pencuci muka:
Satu cara mudah untuk melicinkan kulit muka ialah dengan buah tomato. Ambil sebiji buah tomato yang telah masak bersihkan, setelah dibelah dua sapukan yang satu bahagian itu di muka anda (satu bahagian lagi dimakan). Biarkan kering selama beberapa minit setelah itu cuci dengan air bersih dan keringkan dengan tuala. Amalkan sehingga anda dapati kulit anda lembut, licin dan halus.
12. Daun jambu batu untuk cirit birit.
Ambil beberapa helai daun jambu batu yang tua, bersihkan dan rebus. Bila sejuk minum airnya. Buat begitu hingga cirit birit berkurangan.
13. Coklat hindar sakit jantung:
Coklat didapati meningkatkan tahap antioksida di dalam darah yang mana ia boleh membantu penyakit jantung. Coklat hitam adalah yang paling berkesan untuk meningkatkan penyerapan antioksida berbanding dengan coklat yang dicampur dengan susu. Coklat boleh dibancuh dengan air atau dimakan sahaja. Amalkan setiap hari terutama semasa sarapan pagi atau minum petang.
14. Bawang merah untuk sakit kepala:
Ambil beberapa ulas bawang merah, jangan buang kulitnya, ramas dalam sebesen sederhana air. Jelumkan (sapukan) di kepala dengan meramas-ramas kulit kepala sehingga merasap, biarkan kering. Buat begitu beberapa kali sehingga sakit kepala berkurangan.
March 17, 2009 at 11:43 pm |
pehhh…..!!!!