BELAJAR CARA BELAJAR (BCB)

Kemahiran belajar merupakan kemahiran seumur hidup. Kemahiran ini perlu dikembangkan kepada semua murid supaya mereka peka dengan teknik-teknik pembelajaran yang berkesan. Dengan kemahiran ini juga, murid dapat mengenalpasti kekuatan dan kelemahan dalam proses belajar mereka dan seterusnya mereka boleh mengambil langkah-langkah yang sewajarnya untuk memperbaiki sesuatu kelemahan. Justeru, pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah perlu mengambil kira kebolehan dan minat murid yang pelbagai dan guru harus memberikan penekanan pada teknik pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan murid mereka.

Belajar cara belajar di sini akan cuba memberikan berberaapa cadangan dan idea untuk menjalankan teknik-teknik pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah yang menyerapkan belajar cara belajar. Untuk mencapai matlamat ini, beberap objektif seperti:
 Menjelaskan konsep belajar cara belajar kepada guru.
 Memahami faktor yang mempengaruhi pembelajaran murid
 Membimbing guru mengenal pasti startegi pembelajaran yang sesuai untuk murid.
 Membantu guru mengaplikasikan kemahiran belajar cara belajar dalam pengajaran dan pembelajaran.
 Menyediakan contoh rancangan pengajaran-pembelajaran untuk guru.

RASIONAL BELAJAR CARA BELAJAR

Belajar cara belajar yang diperkenalkan dalam pendidikan adalah berdasarkan kepada beberapa sebab:
 Proses pengajaran dan pembelajaran oleh guru di dalam kelas adalah terhad.
 Pengetahuan dan maklumat yang diterima oleh murid di dalam kelas juga terhad.
 Sika tanggungjawab murid perlu ada terhadap pembelajaran mereka.
 Murid perlu belajar untuk memperolihi maklumat tambahan di luar waktu persekolahan.
 Murid perlu meningkatkan keupayaan mereka untuk mempelajari sesuatu.
 Kemahiran belajar cara belajar sejajar dalam matlamat pendidikan untuk menyemai kemahiran belajar seumur hidup di kalangan murid..

OBJEKTIF BELAJAR CARA BELAJAR

Objektif Belajar Cara Belajar adalah seperti berikut:
 Menyediakan murid yang berupaaya belajar sendiri tanpa guru.
 Membolehkan murid menggunakan pengetahuan sedia ada, rakan dan bahan lain sebagai sumber pembelajaran.
 Membolehkan murid membuat refleksi dan menilai tahap pembelajaran sendiri.
 Membolehkan murid mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran ke situasi lain, sama ada dalam mata pelajaran lain dan pergaulan.

APAKAH BELAJAR CARA BELAJAR?

Pengertian Belajar Cara Belajar
Belajar cara belajar ialah proses untuk memperolehi teknik belajar sama ada bersama guru ( formal ) atau tanpa guru ( non-formal ).

KEMAHIRAN BELAJAR

Kemahiran belajar perlu dikuasai oleh setiap murid untuk menambah ilmu pengetahuan serta meraih kecemerlangan dalam peperiksaan dan kehidupan. Kemahiran belajar melibatkan beberapa kemahiran yang perlu dikuasai oleh setiap murid. Kemahiran itu termasukla:
 Kemahiran mendengar dengan berkesan.
 Kemahiran membaca.
 Kemahiran mencatat nota.
 Kemahiran menulis.
 Kemahiran mengingat.

a. Kemahiran Mendengar dengan Berkesan.
Kemahiran mendengar ialah sebahagian daripada proses komunikasi antara manusia. Mendengar ialah aktiviti aktif dari segi mental kerana kemahiran ini melibatkan kefahaman dan pemprosesan maklumat yang didengar. Kemahiran mendengar melibatkan beberapa proses.
1. Apa yang didengar.
1.1 Terdapat pelbagai bahan yang kita dengar seperti teks puisi, muzik, ucapan, arahan, lakonan, lagu, berita, pengumuman, syarahan dan pelbagai lagi.
2. Mengapa perlu mendengar.
2.1 Mendengar untuk mendapatkan maklumat, fakta,data dan pengetahuan dari apa yang didengar.
2.2 Perlunya mendengar juga adalah untuk menghayati keindahan bahasa dan muzik.
2.3 Untuk mengetahui perkembangan semasa.
2.4 Untuk mendengar penjelasan guru tentang sesuatu.
3. Siapa yang didengar.
3.1Sesiapa sahaja yang dapat memberikan maklumat, memberikan penjelasan, membuat pertanyaan dan mereka yang memberikan pendapat.

4. Bagaimana mendengar dengan berkesan.
4.1 Seseorang yang mendengar dengan teliti dan penuh perhatian terhadap apa yang disampaikan.
4.2 pendengaran dengan berkesan adalah dalam suasana yang tenang dan selesa.

5. Bagaimana meningkatkan kemahiran mendengar.
5.1 kemahiran mendengar dapat ditingkatkan dengan cara memotivasikan diri untuk memberikan sepenuhnya tumpuan dan perhatian kepada pembelajaran hari itu.
5.2 mendengar dan memandang kearah guru atau penyampai.
5.3 Menumpukan perhatian kepada apa yang diperkatakan, ditunjukkan dan ditulis.

b. Kemahiran Membaca.
Kemahiran membaca ialah penting untuk mendapatkan maklumat, pengetahuan, dan fakta mengenai sesuatu perkara. Membaca ialah proses kompleks yang melibatkan proses komunikasi antara pembaca dengan penulis melalui tulisan yang dibaca. Biasanya terdapat empat gaya bacaan, iaitu:

1. Skimming / Luncuran.
Skiming ialah kemahiran membaca untuk mendapatkan maklumat ringkas dan pantas mengenai sesuatu bahan atau maklumat. Ia bertujuan untuk mendapatkan maklumat ringkas tetapi menyeluruh mengenai sesuatu bahan atau dokumen. Dalam proses bacaan ini juga ialah bertujuan untuk membuat pandangan umum mengenai dokumen dengan segera.
Bacaan skimming boleh dilakukan dengan cara membaca tajuk, pendahuluan dan rumusan sesuatu bahan atau dokumen, begitu juga dengan membaca menggunakan pergerakan mata yang cepat dan memberikan tumpuan sepenuhnya pada bahan yang dibaca.

2. Scanning / Imbasan.
Imbasan ialah kemahiran membaca untuk mendapatkan maklumat yang lebih mendalam daripada skimming. Antara tujuannya ialah untuk mendapatkan maklumat tertentu sebagai jawaban kepada sesuatu persoalan.
Membaca secara imbasan adala membaca pendahuluan dan rumusan teks secara mendalam, membaca kandungan bab dengan pantas sambil mencatatkan kata kunci dan konsep yang dinyatakan.

3. Bacaan intensif
Bacaan intensif ialah kemahiran membaca untuk mendapatkan maklumat terperinci. Bacaan intensif memerlukan penumpuaan yang teliti terhadap bahan atau dokumen yang dibaca. Ketekunan dalam pembacaan juga mesti tinggi dan selalunya bacaan secara intensif ini mengambil masa yang lebih panjang untuk mendapatkan makna apa yang dibaca.
Tujuan bacaan secara intensif adalau sematapmata untuk mendapatkan semua maklumat dengan mendalam dan catatan perlu dibuat untuk mengumpulkan maklumat tersebut.

4. Bacaan Laju.
Bacaan laju ialah teknik bacaan yang memerlukan kebolehan seseorang membaca dengan laju dan mampu memahami dengan serentak apa yang dibaca. Membaca laju menumpukan perhatian pada pemikiran atau idea utama. Ini boleh dibuat dengan membaca cepat seluruh buku, membaca cepat senarai bab, membaca cepat semua bahagian dan membaca cepat semua perenggan.
Tujuan bacaan laju adalah untuk menggunakan masa terhad dengan lebih produktif, dapat menjimatkan masa, dan untuk memperolihi maklumat tambahan pada kadar yang cepat.

c. Kemahiran Mencatat Nota.

Mencatat nota ialah aktiviti merekod fakta, maklumat dan isi penting daripada bahan yang dibaca, dilihat atau didengar. Mencatat nota berlaku dalam semua situasi belajar seperti kuliah, ceramah, penerangan, temuduga, membaca buku atau bahan lain.

Perlunya mencatat nota adalah untuk mendapatkan isi-isi penting sebagai bahan rujukan. Daripada isi-isi penting ini dapatlah ia dikembangkan kepada fakta asas. Catatan nota yang telah dikumpul akan dapat membantu sebagai bahan rujukan tambahan pada masa hadapan.

d. Kemahiran Menulis
Menulis Laporan
Pada umumnya untuk menyediakan laporan adalahseperti yang berikut:

 Memilih topic sekiranya tidak diberikan.
 Mendapatkan maklumat daripada pelbagai sumber.
 Meneliti dan memilih maklumat yang relevan dengan topic.
 Membuat nota .
 Menyerdiakan kerangka laporan.
 Menulis draf pertama dan mengenal pasti sumber yang dipetik.
 Melengkapkan laporan dengan jadual, graf, dan bahan grafik yang lain yang sesuai.
 Menyemak draf.
 Membuat pemurnian dan menulis draf kedua.
 Menerbitkan laporan.

Kemahiran Menulis Cepat

Menulis cepat ditafsirkan sebagai kemahiran menulis dengan kepantasan yang tinggi dan tulisannya boleh dibaca oleh orang lain. Oleh itu , memerlukan kreteria seperti berikut:
 Kelajuan menulis.
 Tulisan yang boleh dibaca.
 Kandungannya difahami.

Seseorang yang boleh menulis dengan cepat dapat menulis lebih banyak maklumat. Dalam peperiksaan dengan jangka masa yang terhad tetapi memerlukan banyak isi jawapan yang boleh ditulis. Kebolehan menulis cepat juga dapat menjimatkan masa.

Syarat pra-menulis cepat bagi ia akan dapat membantu untuk menyampaikan banyak maklumat atau fakta dalam ingatan semasa menjawab soalan peperiksaan. Murid juga boleh mengingat kembali fakta atau maklumat dengan cepat. Penyediaan alat tulis yang baik juga penting dalam penulisan cepat seperti pensel yang tajam atau pen yang sempurna.

e. Kemahiran Mengingat

mengigat ialah proses pembelajaran yang berkaitan dengan kefahaman dan penggunaan deria dengar dan deria lihat yang baik. Mengingat juga ialah satu kemahiran untuk mengingat kembali dengan menyebut atau menulis fakta dan kejadian yang telah berlaku selepas beberapa lama.

Jenis ingatan adalah ingatan jangka pendek dimana maklumat yang diterima akan hanya diingat dan tersimpan dalam jangka masa yang singkat sahaja manakala ingatan jangka panjang adalah maklumat yang disimpan dan kekal dalam ingatan.

Proses ingatan dapat dibahagikan kepada tiga langkah iaitu:
 Mendaftar maklumat hingga boleh dikekalkan dalam ingatan.
 Menyimpan maklumat
 Mengingat kembali maklumat.

KEMAHIRAN MAKLUMAT
Keupayaan mengumpul maklumat secara berkesan ialah satu aspek kemahiran belajar cara belajar yang pentinh. Mengenal pasti sumber pembelajaran , cara mendapatkan maklumat dari temu ramah, membuat rujukan , mengenal maklumat dalam buku, dan cara merujuk kamus, direktori dan ensiklopedia ialah sebahagian daripada kemahiran maklumat yang perlu dikuasi oleh murid.

Maklumat ialah pengetahuan, data, butiran, fakta, keterangan, maklumat atau cerita tentang sesuatu perkara atau seseorang. Manakala kemahiran maklumat ialah keupayaan seseorang mengenalpasti keperluan maklumat mencari dan mengumpulkan, mengurus dan mengolah maklumat dan membekalkan maklumat bagi memenuhi keperluan tertentu.

STRATEGI METAKOGNISISI

Metakognitif ialah kesedaran tentang apa yang diketahui dan apa yang tidak diketahui. Strategi Metakognitif merujuk kepada cara untuk meningkatkan kesedaran mengenai proses berfikir dan pembelajaran yang berlaku. Apabila kesedaran ini wujud, seseorang dapat mengawal fikirannya dengan merancang, memantau dan menilai apa yang dipelajari.

Murid boleh menggunakan strategi metakognitif dan mengawal pembelajarannya melalui proses seperti berikut:
 Merancang apa yang dipelajari.
 Memantau kemajuan pembelajaran diri.
 Menilai apa yang dipelajari.

Proses Metakognitif

a. Proses Merancang
Proses ini memerlukan murid meramalkan apakah yang akan dipelajari, bagaimana perkara itu dikuasai dan kesan daripada perkara yang dipelajari. Murid perlu menyediakan diri secara fizikal, mental dan psikologi. Murid juga perlu membuat perancangan dari semasa ke semasa cara terbaik untuk mendapatkan sesuatu perkara.

b. Proses Memantauan
Dalam proses pembelajaran murid perlu bertanya kepada diri sendiri dari semasa ke semasa perkara perkara seperti:
– Apakah soalan yang perlu saya kemukakan?
– Adakah ini membawa makna kepada saya?
– Bagaimanakah perkara ini boleh dijelaskan?
– Mengapakah saya tidak memahami cerita ini?

c. Proses Menilai
Melalui proses ini, murid membuat refleksi untuk mengetahui:
– Bagaimana sesuatu kemahiran, nilai dan pengetahuan dikuasai oleh saya?
– Mengapakah saya mudah / sukar menguasainya?
– Apakah tindakan / pengubahsuaian yang harus saya ambil?

Dengan pengetahuan seperti ini, murid dapat memeikirkan strategi yang lebih sesuai untuk menguasai pelajaran baru.

RUMUSAN

Belajar cara belajar yang telah diperkenalkan ini adalah kerana disebabkan oleh keadaan yang memaksa .Sepertimana yang diketahui umum masa dalam bilik darjah adalah amat terhad bagi setiap murid untuk mendapatkan pengetahuan. Maklumat yang diterima dalam masa yang terhad juga adalah sangat kurang.
Belajar cara belajar juga mendidik murid untuk merasa lebih bertanggungjawab dalam pelajaran mereka. Mereka akan belajar untuk mendapatkan maklumat di luar waktu persekolahan. Selain daripada itu, belajar cara belajar juga dapat menggalakkan murid supaya meningkatkan keupayaan mereka dalam mempelajari sesuatu. Kemahiran belajar cara belajar sejajr dengan matlamat pendidikan untuk menyemai kemahiran belajar seumur hidup di kalangan murid.
Belajar cara belajar telah mengariskan tiga komponen utama dalam perlaksanaan kemahiran belajar iaitu:
 Kemahiran belajar
 Kemahiran maklumat
 Strategi metakognitif

Ia merangkumi dari segi cara belajar murid, mencatat maklumat dan strategi metakognitif yang mana murid dapat meningkatkan kesedaran mengenai proses berfikir dan pembelajaran yang berlaku.

RUJUKAN

Ee Ah Meng. Pedagogi Satu Pengenalan, edisi ketiga. Kuala Lumpur. Siri Pendidikan Fajar Bakti. 1992

Ee Ah Meng. Seri Pendidikan Guru, Murid dan Proses Pembelajaran Asas Pendidikan 2. Shah Alam. Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. 1995

Kementerian Pendidikan Malaysia. Modul Belajar Cara Belajar.

About these ads

13 Responses to BELAJAR CARA BELAJAR (BCB)

  1. lizz awang says:

    menarik dan boleh diaplikasikan dalam tugasan guru. terima kasih.

  2. nurul says:

    thanx a lot….ir blog really help me my dear…..
    UKHUWAH FILLAH ABADAN ABADA….

  3. hanani says:

    alhamdullilah setelah saya baca,saya mendapat markah yang baik

  4. whatever! says:

    this is good..owesome..congrate to the writter!

  5. zue says:

    salam,terima kasih dengan maklumat yang dipaparkan. semoga ilmu yang diberikan memperoleh keberkatan dunai dan akhirat.

  6. ima says:

    bgaimana strategi membaca yang lebih afektif?

  7. magdalene says:

    thanks a lot. its really useful for my assignment.
    terima kasih daun keladi

  8. siti saripah says:

    terima kasih…

  9. Definisi says:

    Definisi…

    […]BELAJAR CARA BELAJAR (BCB) « m_fariz…weblog[…]…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: